Sunday, February 04, 2007

PTD Exam and Abang Biru

Hari ini nak tulis dalam bahasa ibunda pula...

Berita Ringkas

1. Hari Sabtu (3 Februari 2007) saya pergi menduduki Peperiksaan Untuk Memasuki Perkhidmatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. Tujuan hanya untuk melihat sendiri rupa bentuk dan suasana PTD Exam yang sering dikatakan 'amat susah' sekali oleh kebanyakan kawan-kawan. Manalah tau kalau-kalau ada rezeki kot-kot pass pulak kan. (macam nak proceed pun...) Hehehe.. my findings.. soalannya tidak sesusah mana cuma memerlukan kecekapan dan kepantasan yang tinggi terutamanya soalan matematik dan penyelesaian masalah. Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan alam sekeliling tidak begitu rumit sebagaimana yang sering diperkatakan. Hehehe namun kerana kesilapan teknik, kertas matematik saya agak tidak memuaskan (pendapat sendiri la ni). Nasihat: Untuk sesiapa yang ingin menduduki PTD Exam ni, kalau rasa-rasa dah lama tak buat soalan maths.. cuba lah buat exercises sebanyak dan sepantas mungkin...ini yang paling menguji.. 30 soalan dalam 45 minit tanpa calculator tau. Soalan Esei BM dan BI.. bagi saya agak mudah. Topik isu semasa yang tidak begitu berat.

2. MyKad saya? Kalau nak tahu sangat, I only renewed it about 2 weeks ago. Hahahahahaha, that's how teruk I am! My NRIC was the one yang dibuat pada tahun 1995! Tapi tak kena denda pun tau, cuma processing fee RM 11 only. Belum ambil pun di JPN Johor ni. Kenapa saya cerita tentang MyKad? hahaha... nanti taulah di mana relevannya.

3. Mawi, Juara AF3 - saya tidak mengatakan Mawi seorang yang breathtakingly handsome, tetapi saya juga tidak berpendapat dia tidak handsome. He has got the looks, but not my type lah kan. Saya bukan peminat Mawi, tetapi saya tidaklah tidak menyukai Mawi. Neutral. Kenapa cerita pasal Mawi? Nanti anda akan tahu.

BERITA UTAMA

ABANG BIRU

Pagi ini saya sampai awal di pusat peperiksaan, iaitu di Dewan Besar IKM Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah JB. Paling best sudak terletak kereta agak jauh dari dewan. Sebab konfiden letak depan muka pintu masuk IKM, sedangkan dewan besarnya mempunyai pintu masuk sendiri.

Kertas pertama bermula jam 9 pagi, selama 45 minit, soalan Pengetahuan Am. Masa ni baik lagi.. innocent je tunduk jawab soalan, tak buang masa langsung, dengar arahan dan sebagainya lah. Habis je jawab dibenarkan keluar sebentar, next paper mula pukul 10:05 pagi. So konon sempatlah nak alihkan kereta. Punya nak jadi cerita, car park berhampiran dewan dah sesak. Salah sendiri siapa suruh tak tengok dulu. Akhirnya dapatlah selit depan tiang lampu, tak la dekat mana tapi dekat la juga dari tempat mula-mula. Eh bila masuk dewan semula tengok orang dah sibuk isi slip kehadiran etc. Apa lagi kelam kabut isi, rumit lah juga borang OMR ni kan... geram betul. Paper kedua ni Matematik Dan Penyelesaian Masalah. Like I said earlier, tak berapa baik kot I buat, lambat masuk punya pasal. Anyway I jawab semua.. hehehehe OMR kan... tak sempat, tanda saja (jangan ikut tau).

Haaaa.. halfway through Paper kedua ni lah.. I made an interesting discovery. Suatu penemuan yang menjadikan hari ini (Sabtu 3 Februari 2007) sebagai hari yang diisytiharkan sebagai MERIAH. MERIAH bukan sebab saya dapat jawab soalan dengan baik.. tapi, sebab masa tengah bosan sebab saya dah tau tak akan sempat habis paper Maths ni, apa lagi mata mulalah melilau sana sini (tapi secara terkawal) untuk menghilangkan tension dan bosan sebab tak cukup masa. Struggle macam mana pun memang tak akan dapat punyalah, so well life goes on.

Tengah mata melilau, nampak this one invigilator. Mula-mula ingatkan Mawi. Memang style rambut, skin color, features memang very Mawily lah kan. Tapi setelah di zoom in kan, evidently invigilator ni lebih macho, dan lebih good-looking dari Mawi. Tak tinggi mana (huhuhu) but slightly taller than me, I would say.. so.. okaylah. YANG PALING BEST, bila dia mampir untuk collect my attendance slip, bila saya ucapkan terima kasih (masa ni tak ada niat apa-apa), terdengar dia balas "Sama".. humang aiiii sumpahhh suara dia best giler.. macho lagi gentleman.. tenang je...Wallawwweiii... Terbukak luas mata yang mengantuk ni.. (tapi saya seorang sajalah yang tau) Yes, I am very good at controlling my facial expression in this kind of situation. It takes a VERY trained eyes to notice if I am up to something. Tapi tidak kelihatan macam orang control ayu whatsoever. According to my friends, selalunya I akan nampak seperti orang yang sedang deeply involved with my task(heheh) and indifferent to my surroundings. Means memang nampak khusyuk lah kan, walhal my senses macam parabola hehehe. Natural skills, people!

Okay, from this moment onwards semangat sudah datang semula. Chewah, kononnya sibuk la menjawab soalan.. dah agak lama tunduk menjawab soalan, angkat lah muka kan.. toleh kiri kanan kononnya lenguh la tu, padahal Surround Scan! hahahaha pandai-pandai la balancing.. toleh kiri then kanan.. nak idup beb. Ada la beberapa kali terpandang muka si Abang Biru ni.. muka yang sangat tenang, macho. Senyum je, tapi tak lah annoying smile. Cool smile. Tapi aku yang amat hipokrit ni cuma balas dengan 'senyum budak tengah amik exam'.

Oh, lupa nak kata, agak pelik juga kerana all invigilators tak pakai name tag, so saya tak dapatlah tahu nama invigilator yang pakai baju dan seluar biru gelap (almost macam hitam) tu. Nak panggil Dark Lord tak sampai hati, so jadilah Abang Biru.

Next paper, Pengertian dan Kefahaman Esei. Paper ni, 4 passages, 2 Malay and 2 English. 20 questions, 5 for each passage. Like Feisal said, "itu semua sebelah mata". Bukan lah berlagak tapi, inilah yang paling senang sekali. Tapi, for english, quite tricky kalau mengantuk habislah. Yang kelakar tu, punyalah takut tak cukup masa (yalah since dah berkobar-kobar nak buat paper.. Abang Biru punya pasal lah ni) saya boleh habis buat dalam masa 20 minit! Ada 15 minit berbaki. Apa lagi.. semak la konon-konon.. mata pula macam jackpot.. surround scan lagi hahahahaha.

Habis paper ni saya ke belakang dewan nak ke ladies. So ikut la lane nan amat panjang tu ke belakang. Susah nama kita bermula di awal abjad.. sengsara nak keluar dewan.. dah agak ke belakang.. rezeki lah nak terserempak dengan si Biru ni.. dia dah senyum la, siap berenti ke tepi lah kan.. i thought he wants to let me jalan dulu.. again, I smiled courteously, anggukkan kepala and smoothly walked to the next lane kira konon tak mahu ganggu invigilator nak buat kerja la... ikut jalan lain la.. kahkahkahkahkah...

then sambung paper Esei Bahasa Melayu.. time ni bila nak abis Abang Biru bagi benang untuk ikat kertas jawapan hehehe. Again say thank you. Di balas "Sama-sama". Yeeha! Then balik for lunch, memula ingat tak mau balik.. tapi rindu lak kat si Anis.. so balik juga, lunch sama-sama dengan Anis and rushed back. Masa drive balik rumah nak lunch tu, patutnya saya memikirkan kertas seterusnya iaitu Esei Bahasa Inggeris. Ho jangan harap. Saya memikirkan bagaimana cara untuk mengetahui nama Si Abang Biru tu, dalam masa yang amat suntuk tu. Yalah, habis exam that's it lah. Mana nak jumpa lagi exam sehari jerk. Ditakdirkan failed pun belum tentu next intake dia yang jaga. Tapi ada macam terasa nak ambil je lagi kalau fail. For Abang Biru's sake (jahatnya aku). Dapatlah pula idea, how if I asked him "Encik, kalau saya tanya satu soalan, boleh tak? " "Apa dia?" "Tapi not exam-related" "Apa dia?" "Encik ni saudara Mawi ke?" hahahaha.. siap plan nak tanya lepas segala paper habis, kalau dia pissed boleh terus blah hehe. Saya memang berani, tapi berani plan je.. buat belum tau.

Lepas lunch dah agak lambat, main ngan si Anis punya hal la. Bawa kereta macam taufan konon tak mahu late for exam, sebenarnya tak nak late for surround scan. Sedih, sampai-sampai semua invigilators dah ada.. tapi Abang Biru tak nampak kelibat. Pandai-pandai buat assumption.. mula-mula ingat dia tak ada shift petang.. tapi bila pikir balik, mana ada gitu.. suka-suka pula tukar shift. Then, sangka baik la, dia masih solat kot. Hehe shortly before papers were distributed nampaklah si Biru tu. Senanglah hati. Masa dia nak check again and collect my attendance slip, siap angkat IC lama saya, check nak tengok details, yalah nak verify ngan attendance slip. Eleh sebenarnya nak ketawakan lah kan IC lama. Masa nilah saya notice si Biru ni dah semakin wangi. Tak lain mesti dia 'refresh' kan cologne spray dia. lebih lebih sikit.. mak ai sangat vain.. ingatkan ladies saja yang touch-up after lunch.. rupanya Abang Biru pun sama.. Hidup Abang Biru! Wangi sey, Abang Biru. Banyak kali la dia lalu-lalang kat sebelah saya, tapi mahaplah tak dapat detect perfume apa dia guna. Sibuk buat esei on ineffective parenting.

last sekali paper is test on Sahsiah Diri. Time ni pun best sebab banyak kali Abang Biru lalu kat sebelah dan depan. adala dalam 20 minit nak abis masa.. ada satu invigilator ni saya panggil dia Baju Kuning sebab dia pakai baju warna kuning. Dia boleh perasan lak NRIC lama saya tu. Ada ke patut dia dengan sedikit gelak berkata "Kenapa tak tukar IC tu?" And I replied "Sudah, cuma belum ambil yang baru". Dia senyum, saya rasa nak belasah cukup-cukup. Apa tidaknya, ada 178 soalan, saya separuh belum, dia sibuk tanya NRIC!! Sudahlah soalan psikologi amat mengelirukan, needs total focus. Jap lagi saya notice Abang Biru ni beramah mesra pula dengan member sebelah saya masa dia nak collect kertas member yang dah sudah jawap. Hehehehe tak guna, dengan saya haram tak mau tegur. Tapi memang salah sendiri lah, siapa suruh buat macam tak interested, padanlah muka sendiri kan. Sekejap lagi si Baju Kuning lalu lagi dan kata, tukar lah IC tu, nanti kena denda pula, dengan senyum-senyum dia. Geram betul. Nak saja tanya, "You ni syok kat I ke?" But as usual, berani plan je.. buat jangan harap hahaha. Oh ya, masa tengah jawap tu ada la nampak si ABang Biru ni lalu kat luar, ambil angin ke apa.. betul2 mengadap kereta hamba yang berjaya diletakkan berhampiran dewan selepas lunchtime tadi. YES! hehehehe.

Then masa tengah jawab soalan sahsiah diri tu, ada satu soalan membuatkan saya betul-betul tersengih sendiri tanpa dapat ditahan-tahan. Hahahaha sebenarnya nak ketawa tau tapi mana boleh kan. Soalan dia, format dia kalau pernyataan ini berkenaan diri anda, sila tandakan A, jika tidak berkaitan dengan diri anda, tandakan B. Pernyataan yang sungguh kelakar tu, ialah: Saya mempunyai masa-masa tertentu di mana saya merasa sangat gembira tanpa sebarang sebab yang khusus. Tak taulah kenapa, hati ni terasa terlampau geli hati.. ada ke orang yang macam tu, eh? Tak pasal-pasal happy je hehehe.

Masa dah habis buat exam, linger juga for a while.. tak pula nampak kelibat si Biru tu sebelah depan.. toleh belakang tak berjaya detect. Last-last hantar lah kertas tu.. dan si Kuning tu sibuk remind tentang IC untuk kesekian kalinya. Then masa nak jalan keluar, dengan penuh anggun lagi cool, ternampak si Biru ni sedang rancak berbual with this one lady, dah habis buat paper, dan sibuk berborak with Abang Biru ku itu. Hmmmmmm.. tak apalah.. what to do hehehe.. dah nasib kan.. isk isk.. so keluar je la dewan dengan hati yang agak sedih walaupun saya sedar saya tak perlu bersedih. Hehehe... then masa nak masuk kereta tu saja la lambat sket.. jeling gak kat pintu dewan kot la si Biru tu keluar ambil angin. Negative. Agak-agak enjin kereta dah warm-up, air con pun dah sejuk, saya get ready nak balik... sempat lagi tu pakai senjata ampuh.. my sunglass.. so dengan tabah hati, reverse lah kereta buat 3-point turn. Sajalah reverse hala ke dewan.. hehehe.

Time tengah nak turn menghala jalan keluar, di rearview mirror nampak si Biru keluar dewan hehehe kalau betul pemerhatian saya, dia memang memandang ke arah kereta saya, confirmed sebab saya saja yang berada dalam haluan pandangannya itu. Ceh tak sia-sia sarungkan sunglasses. boleh usya dia dari mirror.. bukan dia tau mata kita focus mana hehehehehe

tak jadi la bersedih.. hehehe dengan happynya drive balik ke rumah, perjalanan tak sampai 20 minit.. later ada gak keluar konon nak beli paper di town nearby the exam center.. saja kot la dia gi minum lepas habis tugas hehehe.. gila, gila... apa apa pun syukur Alhamdulillah atas kemeriahan satu hari ini, di hati ini dipanjatkan doa agar dipertemukan lagi.. Amin Ya Rabbal Alamin... YES! I Won! It ended with him looking at me! YES! YES ! YES!
Mak,panjangnya entry ni.. but all for you Abang Biru.. especially for you. Kalau memang Allah izinkan, entry ini akan dijumpai juga oleh Abang Biru walaupun saya tak kenal dia, dan tiada cara untuk mengenali. ( tapi kalau dia bijak, dia sempat la rembat contact details aku kat attendance slip, siap dengan mobile number hahahaha... nasib baik kat IC tak letak mobile number hehehehe).

No comments: