Thursday, March 20, 2008

Production House

Ingat tak, dulu-dulu ada citer pasal ikat ribbon kat bunga telur? A few weeks back, my aunt ada ajar kitaorang cara-cara nak pasang flower sepal, daun dengan sarung letak telur pada tangkai bunga telur tu. Kemudian dia bagi sekotak bunga telur yang dah diikat pada tangkai. Jadi kerja kitaorang ialah continue pasang benda-benda tu lah... last sekali baru ikatkan ribbon...


kuntum-kuntum bunga yang dah siap berikat pada tangkai...

close-up


maka kita pun pasangkan sepal dia, tidy it with a green tape. ni antara step yang paling tidak digemari... susah sangat nak bagi dia betul-betul lekat pada kuntum bunga. kekadang siap terlepas daripada green tape tu.. eeeee...



then bila dah lepas azab lekatkan sepal, kita teruskan kerja-kerja perlilitan green tape... (perlilitan, NOT perhilitan, okay)



kemudian kita letak daun dan lilitkan green tape, nak bagi daun tu lekat pada tangkai bunga. ni ialah satu step yang paling digemari, sebab amat senang dan tak banyak olah...

teruskan melilit, tapi jangan laju sangat...

sebab tak lama lepas tu kita akan sampai ke step yang paling azab, iaitu mengikat sarung letak telur. Azab, sebab dawai tu degil, payah betul nak ikat ketat-ketat supaya sarung tu tak bergerak. Dawai tu bukan panjang pun, kemudian kalau guna plier untuk matikan ikatan dawai tu, kalau tak pandai boleh putus dawai tu... so terpaksa la ikat dengan tangan... susah, mau berkali-kali ikat... (*&*()%$#^&+-X!!!!!!) Kemudian bila dah finally berjaya ikat, lilit lagi dengan green tape sampai hujung tangkai bunga tu. Seronok dia bila dah lepas azab ikat sarung letak telur tu, sukar digambarkan dengan perkataan :D .

So, nilah rupanya, setelah diikatkan ribbon.. macam dalam entry yang dulu tu ler...

Sekarang ni, bunga-bunga telur ni semuanya dah siap, ada dalam 400 lebih gitu.. so dah tak ada buat lagilah. Kiranya cepatlah siap, sebab my three sisters pun sama-sama buat. Lepas ni Production House kita berlima boleh focus pula pada kerja-kerja lain, kaedahnya hehehe...

2 comments:

Anonymous said...

adoiii i baca pun dah hazab rasa.. tedious kan keje nye.. tp puas ati bila dah siap nmpk cantik je.. sebaik askar nak membuat tu ramai, smpi 4 org.. kalau x muntah gak tu nak ikat la.. lilit la satu2.. ehehehe kalau i la buat smpi muntah.. psl i x minat sgt.. tp ms my big sister punye wedding dulu, i yg volunteer nak buat.. konon nak special n ada personal touch la gitu.. buat sensorg je.. br 200 lebih pcs i dah rs trauma abis eheheh.. last2 my SIL kena abis kan :D

spectacularwave said...

ni ok lagi strawb. kalau buat bunga tu lagi tedious. nak siapkan dawai, nak bentuk dawai, then tarik the stokin untuk buat each single petal... beribu-ribu lak tu... my aunt to memang terer dia buat cepat dan neat.. kalau aku yang buat, asik tak jadik je mau aku azan kuat-kuat hehehehe...

kitorang cuma wat finishing touches je..nasib all of us kira boleh la buat...

masa my bro kawin dulu i kat KL so tak dapat buat apa-apa. balik semua dah siap aje. ni sis kawin merasa la tolong.. ehehehe