Negeri Kelantan ni ada 10 jajahan, kalau ikut info dari blog tu. Kalau kat Johor ni, istilah 'Jajahan' tu mungkin sama la dengan Daerah di Johor. Jajahan-jajahannya terbahagi kepada:
1. Jajahan Kota Bharu
2. Jajahan Pasir Mas
3. Jajahan Tumpat
4. Jajahan Pasir Puteh
5. Jajahan Bachok
6. Jajahan Kuala Krai
7. Jajahan Machang
8. Jajahan Tanah Merah
9. Jajahan Jeli
10. Jajahan Gua Musang
Dan sebagai seorang yang menyintai island and beaches dengan sepenuh hati, maka dah jatuh wajib I letakkan gambar pantai di sebuah perkampungan nelayan yang sangat cantik di Kelantan ni...so beautiful and serene. Imagine taking a long walk by the beach... sangat nyaman dan cantekkk...
ni plak, Wau Bulan yang amat sinonim dan femes dengan Negeri Kelantan ni. Kalau tengok dia ada banyak design, dan jenis la. Warna-warni dan menarik. Dulu-dulu di RTM ada segmen buat kraftangan Malaysia. Ada Wau Bulan ni, ada buat labu sayong, tikar mengkuang, keris, khat. Macam-macam la. Memang asyik kalau tengok. Wau juga lambang syarikat penerbangan Malaysia Airlines.
Okay, nanti sambung semula Part II. Ada jumpa yang lebih menarik masa merayau-rayau tadi. Tunggu I, tau!
No comments:
Post a Comment