Friday, April 27, 2007

Dendam Kesumat

Ini bukan cerita duka. *smile*

Semalam saya nampak Dendam Kesumat sedang drive nak ke masjid untuk solat Maghrib. Yang tak tahan tu dia pakai songkok berwarna putih... nampak pelik. Bukan kupiah.

Kenapa panggil Dendam Kesumat? Bulan dua haritu ketika saya dan SIL dalam perjalanan pulang dari Giant, di simpang naik bukit serene itu kami terserempak dengan kereta dia. (Dia memang terkenal dengan kesegakannya dan ke'reptilia'annya. Dan drive kereta pun laju. Kira memang ada unsur-unsur yang saya minati. Namun, yang menyebabkan dia disqualified adalah kerana walaupun kacak, dia seusia dengan ayah saya. Dan.. datinnya kusmangat garang.. tapi tidaklah menghairankan... tetapi datinnya baik dengan saya. Mereka tinggal sejalan dengan saya.)

Jadi, ketika kami sama-sama mendaki bukit, saya perhatikan dia memandu terlalu perlahan.. mungkin sayangkan kereta dan perlahan-lahan untuk melalui safety bump yang banyak terdapat di jalan tersebut. Dan diri saya yang memang tidak sabar ini sudah makan jalan untuk memotong kereta dia. Sangatlah merbahaya kerana di bukit itu memang banyak selekoh tajam.

Demi ternampak kereta saya hendak memotong, dia terus melajukan keretanya. Melawan! Dan kejar-mengejar berlaku. Sehinggalah tiba di pintu pagar belakang istana, saya memperlahankan kereta kerana tidak mahu dia sedar bahawa kami ini jirannya juga (on the assumption dia tak nampat plat kereta lah kan).

Dan dia yang amat peka itu telah turut memperlahankan keretanya. Memang sah, tau perempuan yang drive, tunjuk lagak. Kemudian saya pun lajukan kereta dan nekad ikut dia dengan jarak dekat sampai ke jalan di mana kami tinggal. Dapatlah dilihat bahawasanya ketika dia nak belok ke perkarangan rumahnya dia telah menelek rearview mirror hehehehe... sebab saya naik 4wd, nampak lah apa dia buat...

Saya pun pecut laju terus balik rumah.. memang sah dia nampak punya... rumah sangat dekat.. nasiblah! Apa sekalipun saya masih tidak puas hati kerana tidak berjaya memotong. Dan saya berkata kepada SIL.. "Dendam belum terbalas ni, takpe, esok-esok boleh bayar"

lalu kata SIL "Dendam? Kesumat ke tak?"

"Kesumat, kesumat! Dendam Kesumat". Dan di sinilah saya menamakannya Dendam Kesumat.

Tunggu sajalah wahai Dendam Kesumat... sehari dua ni siaplah...

2 comments:

Mimiamilia said...

muahahhaa...dendam kesumat.
balas jgn tak balas!

spectacularwave said...

Sure will. All in good time. *grin*