Friday, April 25, 2008

It's Congkak Time...


This is the story of last Friday. Hari kedua cerita ni ditayangkan, kita tiga orang (Lin, Faiz and myself) pergi City Square nak tengok. Mula pukul 10 malam..



Untuk citer seram kat Malaysia, Congkak boleh dilabelkan sebagai filem yang menakutkan. Memang menyeramkan, memang mendebarkan dan memang buat kita rasa terkejut. Penggunaan special sound effect memang betul-betul mengesankan. Macam nak tercabut tangkai jantung. Memanglah bukan untuk ditonton oleh mereka yang mengidap lemah jantung.

Jalan ceritanya menarik, dan elemen-elemen seram yang cuba ditimbulkan memang sangat baik dan berkesan. Kali pertama hantunya muncul setelah mereka menginap di rumah itu, saya sedikit terjerit kerana ia SUNGGUH memeranjatkan. It's real.

Sedikit kelemahan dalam filem ini ialah penamat ceritanya tidak begitu kukuh. Mungkin satu idea yang baik jika di akhir cerita, sejarah dan perkaitan hantu dengan permainan congkak itu diperihalkan sekali lagi secara lisan supaya lebih jelas. Sebabnya, filem ini mengandungi pelbagai adegan seram dan mendebarkan, jadi berkemungkinan penonton akan terlupakan kaitan hantu itu dengan papan congkak.


Seperkara lagi, dalam memulihkan orang yang terkena gangguan syaitan, saya perhatikan banyak penggunaan Surah Insyirah. Ini juga sesuatu yang baru saya lihat kerana lazimnya ketika mengubati seseorang yang terkena gangguan Iblis dan Syaitan, surah yang selalu dibacakan ialah Surah Yaasin dan Ayatul Qursi. Mungkin juga penggunaan Surah Insyirah bermaksud memohon kepada Allah agar dianugerahkan kelapangan dari gangguan syaitan.


Selain penggunaan sistem bunyi yang berkesan dan jalan cerita yang menarik, saya suka betul lihat hiasan dalaman rumah yang mereka tinggal tu. Betul-betul cantik rumah tu. Dan yang paling saya suka, cerita ni menggunakan bacaan Ayat-Ayat Al-Quran untuk menangani gangguan iblis dan syaitan, dan bukan dengan cara lain.

Untuk cerita ini, daripada skala 5 bintang, saya berikan 4 bintang. Keseluruhannya ia sangat menarik dan memang menyeramkan. Membuatkan saya terbayang-bayang hingga kini. Cuma rasanya penamat cerita boleh diperkukuhkan lagi. Apapun, tahniah.

Meminjam ayat adik saya, Lin : "Memang puas hati tengok cerita ni. Kalau citer hantu lain, hantunya setakat nampak kelibat atau main cuit-cuit aje. Citer Congkak ni dia menjelma betul-betul depan mata, tak sempat lari punya."


Okay, tak mahu cerita banyak-banyak, nanti kacau pula kalau ada yang nak pergi tengok. :)

Note : Poster quoted from Evil Dread site.

No comments: