Sebagai rakyat kecil yang bukan siapa-siapa, saya merayu dan menyeru kepada ahli-ahli semua parti terutama yang terlibat secara aktif, dan juga yang tidak aktif dalam berkempen untuk pilihanraya, agar membersihkan segala barangan dan kesan-kesan kempen bagi Pilihanraya Umum Ke 12 baru-baru ini.
It has become a really eyesoring sight, especially during this rainy season. Kalau kain rentang dan sepanduk tu, dah tak tahu rupa apa dah, dengan bergulung ditiup angin, dan dengan basahnya lagi. Ada juga poster yang terkoyak-koyak di dinding kawasan umum, menyakitkan mata dan hati.
Waktu nak berkempen dulu pandai pasang, yang ada tinggi-tinggi bukan main, in between dua batang pokok kelapa sawit yang tinggi sayup tu pun boleh rentang bendera besar kan... (baru petang tadi nampak kat area Lima Kedai, on my way back from Nusajaya). Haa, skarang takkan tak pandai turunkan pulak... turunkanlah, boleh naikkan mesti boleh turunkan.
Niat berkempen tu memang bagus dan baik, tapi bila dah jadi macam gini ish ish... elok-elok dinding, jalan, tiang-tiang lampu dan pokok-pokok yang tak berdosa tu cantik je dipandang, skang dah jadi flagpost tak rasmi... kalau lawa takpe. Pilihanraya dah habis, yang menang dah menang, yang kalah dah blah, MB pun dah dilantik, Exco line-up pun dah buat....bendera, sepanduk, kain rentang dll bila nak kemas???
2 comments:
wah .. next time aku lantik ko jadi AJK KEBERSIHAN PRU la .. ko apply la kat abg Jazz :)
ehehehe buleh, buleh.. dengan ko sekali aku clear kan Red, ahahahahha...
Abg Jazz? Tamoh la.. Abg GO ley????
ahaks
Post a Comment