Yesterday I asked my sister-in-law.. apa isi kandungan kursus tu.. selama ini I tak pernah nak ambil tahu... and when my sis got back from the kursus pun I tanya.. sama ke content dia dengan subject Munakahat during sekolah agama dulu?
(For Johoreans, kami memang kena hadiri sekolah agama.. bukan sekolah menengah agama tau.. sekolah agama.. different from primary/secondary school....kalau primary school sebelah petang, the sekolah agama would be in the morning, vice versa).
I mean we had to sit for exam for Munakahat.. ishh nak kahwin kena pergi kursus pula lagi.. satu setengah hari pula tu... Kata Lin the kursus was not as comprehensive as Munakahat in our sekolah agama days. Means it is a bit of this, a bit of that.. what to do dah memang kena kan...
teringat pula masa sekolah agama dulu... darjah satu sampai tiga, subjects dia sama.. like Tauhid, Ibadat, Tajwid, Tarikh (History), Adab, Tafsir, Bahasa Arab, Praktikal Sembahyang dan Al-Quran. Masuk ke darjah empat, dan seterusnya lima dan enam, we have to learn Ibadat in a special kitab, the famous Mutla'al Badrin. Even though it was quite a new edition, ramai juga yang tak boleh baca ejaan jawinya. For me, Alhamdulillah, I can read Jawi very well.
Mutla'al Badrin ni memanglah susahnya to learn... tulisannya sangat halus dan ayat-ayatnya bergaya bahasa lama. Ada arakian, hatta, yang demikian itu etc. And most common, the chapters begin with the ayat "Bermula". Contoh; "Bermula segala air yang sah dibuat bersuci itu...". Not only that... try this "barang yang turun dari langit dan keluar dari bumi". Any idea what that means? The answer is : water. Another phrase that I remember too well is "dan jika tiada, maka tiada".
Bearing in mind at all time, sesiapa yang kena bersekolah agama waktu petang, pukul 2 petang ke bawah, you have to force yourself melawan rasa mengantuk (apalagi kalau bulan Ramadhan), and to read the kitab bertulisan halus berbahasa lama... Mutla'al Badrin ini, ayat dia panjang berbatu-batu. Lama nanti baru jumpa full stop. So, kita kena berikan sepenuh perhatian bila cikgu mengajar dan tandakan di mana dia berhenti. Kalau nak baca sendiri di rumah hehehehe.. kancing gigi dibuatnya.
But that is not the end of the world. Ada kitab bernama Idaman Penuntut, this one is really the solution to our problems. Kitab ini, ditulis benar-benar dalam bahasa modern, menghuraikan segala kekusutan bahasa dalam Mutla'al Badrin. So, we only use Mutla'al Badrin in classroom. Bila nak exam cuma baca Idaman Penuntut. Oh, lupa nak kata.. ada sebuah kitab nama Suluh Mutla'al Badrin.. ini ialah seperti kamus la.. mana-mana perkataan pelik dalam Mutla'al Badrin, kita boleh rujuk di kitab ini to find the meaning. (pun aku tak faham jua hehehe).
Apart from Mutla'al Badrin.. we got to learn Tasauf, Munakahat (Bab Nikah Kahwin, the favourite subject for guys, no doubt), Muamalat (Jual Beli), Fara'id (Pembahagian Harta Pesaka) and Jenayat (Islamic Criminal Law).
Oh lupa, ada sekali tu, tak ingat darjah berapa we girls kena belajar Adab Perempuan. Tapi this one tak masuk exam, cuma untuk belajar sahaja. Tapi memang ingat hingga sekarang. Malu woo masa belajar ni. Hehehee... especially kalau jumpa guru di luar sekolah. Takut ada yang tersasar dari ajaran Adab Perempuan. Heheh.
Oh ya, subject Bahasa Arab.. textbook dia memang nipis sahaja but it is entirely written in Arabic. Bukan itu sahaja tuan-tuan sekelian, kalau time exam, berbahagialah sesiapa yang terlepas mendengar arahan peperiksaan. At the beginning of the exam, ada seorang guru bahasa arab akan terjemahkan the arahan for us students.. so sesiapa yang terlepas tu hehehe harapan nak dapat kosong memang cerah sangat lah.. terang-benderang in fact.
(yang hijau itu ialah kulit muka depan buku teks Bahasa Arab dan dibawahnya ialah satu mukasurat daripada isinya.. semua Bahasa Arab, kan? Memanglah kena focus betul-betul ketika belajar. Tapi jika kita hadir semua class dan focus betul-betul, it is actually very easy.)
Another thing.. sekolah agama Johor ni special.. in the sense that kalau you tak lulus, percentage tak cukup, you tak akan naik darjah. So, adalah suatu pemandangan biasa kalau you lihat a student dah masuk sekolah menengah, tetapi sekolah agama masih di darjah satu, dua atau tiga. The normal age to enter sekolah agama would be at 8 or 9 years old. Kalau tiada masalah, Insya Allah you will finish your Darjah Khas ketika Form 3 sekolah menengah. (Darjah Khas is the highest level of sekolah agama, and the exam is the most difficult. Siap ada grade 1,2 and 3.) Me, I started sekolah agama at 9 years old. Maknanya sekolah rendah I di darjah 3 dan sekolah agama di darjah 1.
Me, I did quite well in sekolah agama. Alhamdulillah, thank you to the teachers. Perhaps one of the sweetest moments in my life ialah ketika di sekolah agama. My teachers semuanya berusaha menjadikan masa belajar lebih menarik, at the same time segala message dan pengajaran disampaikan dengan berkesan. Paling tak tahan ialah guru-guru semua pandai bercerita yang kelakar dan relate pada pelajaran. Rasa mengantuk terbang entah ke mana. Agaknya pontianak pun ngeri tengok kitaorang mengilai-ngilai. Tapi ada jugalah waktu yang I sangat surrender dan susah nak focus. Iaitu waktu belajar reta-pesaka (Fara'id) and Jenayat. These two I didn't score lah. Tak sukalah. What to do.. hehe not a materialistic, nor am I a criminal... *grin*
Apapun, I dedicate this entry kepada semua yang masih dan pernah menuntut di Sekolah Agama Negeri Johor (seluruh Johor), dengan ucapan, habiskan hingga Darjah Khas, jangan berhenti separuh jalan. Ilmu yang bakal diperolehi adalah sangat-sangat berharga.
Insya Allah, ada masa nanti I will try to find Mutla'al Badrin and write about it. Mana pergi agaknya my siblings letakkan.
1 comment:
nice entry... mengimbau kenangan saya yang juga belajar sampai Darjah Khas... kalau belajar betul2, memang really help Pendidikan Islam SPM, sampai saya jadi pakar rujuk tajuk Haji, munakahat dll (masa tu di mrsm muar)... dan mereka (pelajar mrsm muar dari luar johor) memang mengagumi kitorang fasal silibus agama utk sekolah agama level sangat tinggi.... :-) proud of being Johorean... ;-)
Post a Comment