Saturday, June 09, 2007

@ Jom Heboh Carnival

Ingatkan tadi nak pergi pukul 3 lebih. Kemudian hujan pula.. tak lah lebat sangat but still tak mau lah redah. Baru aje baik demam dan selsema. At last 4.45 pm baru keluar rumah minta Lin hantarkan. Sampai kat depan palace entrace....itu dia... abang polis trafik sudah tunggu... then kereta berderet-deret-deret kat Jalan Skudai, the traffic was REALLY SLOW, rasanya kereta berhias pun jalan lagi laju daripada kereta-kereta yang berbaris tu. Aku turun kat situ je, so that Lin cuma perlu u-turn untuk balik rumah, tak payahlah lalu Jalan Skudai yang dah GERENTI sesak tu.

For a start, HE wasn't around. I guess he has been too busy in the morning. Petang tadi might be resting lah agaknya. But then it's okay. Tengoklah esok pagi kalau rajin pergi lagi. Pagi mungkin DIA ada. Tengoklah cemana.


Okay, turun je kereta I crossed the road.. punyalah senang, sebab kereta perlahan sangat hehehe. Cop, sebelum tu aku dah siap-siap dengan senjata ampuh - my sunglass. Hehehe untuk mengelakkan daripada bertembung dan tersangkut dengan sesiapa yang tak diingini. Maaflah ya, here's a lady on a mission, so tiada waktu untuk beramah mesra. First tempat yang I tuju was the kedai jual garden items di Festive Street Mall. Hahaha I bought a pot of Gloxinia. Also bought the necessary baja for it. Nak start gardening semula. Dulu di Bukit Jalil memang rajin bela pokok. Potted plant, including daisies and gloxinias. Sekarang nak start semula. Bukan di rumah tak ada pokok-pokok bunga. Terlebih pun but I like something colorful and pretty. Actually kedai tu sedang buat clearance sale. They are moving out to some place in Kempas, a nursery apparently. So banyak dia jual garden items murah sangat-sangat. Ada auntie tu ngan assistant dia racun aku suruh angkat je daisies. Tapi aku kata esok-esok datang lagi. Dah beli tu, tumpang dulu kat kedai dia. Tak tergamak aku nak mengusung pokok bunga di karnival yang panas berdenting tu.


And then masuk dalam Mall tu, nak cross ke belakang to the carnival site. Rupanya ada Dr. Fazley sedang promote his business and products. Takde la pulak nak tengok, I continue walking. Lepas tu pulak... tersangkut di kedai jual vcd.. terbeli vcd Syaitan hehehe. Entahlah sekarang suka tengok cerita hantu. Nasib baik beli satu sahaja. Later I will tell you why. Then masuk kedai MyNews sekejap, tengok-tengok magazine, tak ada yang berkenan. Kenapa ya, bulan ni rasa MENYAMPAH tengok magazine covers? *smile* Taklah semua, but MOSTLY.

Kemudian terus ke carnival. Orang punya ramai tak payah ceritalah kan. Masuk je dalam tu mata melilau looking for him. Negative. Nowhere in sight. Then I decided to explore the whole carnival area.. manalah tau dia ada somewhere.. so I turned left. Hahaha when I passed the Power Root booth, I heard an announcement being made. Katanya selepas ini ialah sessi bersama Duta Produk dan mendapatkan tandatangan. Antara artis-artis yang akan menemui pengunjung ialah Rosyam Nor, Nurul, Farah AF2 and Faizal AF4. Hehehehe.. dengar je Faizal ada, aku pun terus menyimpang ke situ. Saja nak tengok-tengok je konon. Then tengok orang beratur nak dapatkan signature.. tak lah ramai sangat, I mean taklah sesak sangat.


So, since I've never done something like that in my entire life, tak pernah langsung, so aku pun konon cuba-cuba masuk line tu. Lepas tu cuak pulak, takut kalau-kalau ada syarat, like one needs to be the consumer of the product baru boleh jumpa artis and get the signature. Hehehehe.. sempat tanya ada satu adik tu.. dia kata tak payah, boleh masuk terus saja. Phiewww.. lega sebab time tu turn aku pun dah dekat sangat. Tapi nak pujilah the management. Smooth sangat, tak lah leceh dan lama tunggu. So bila sampai my turn hehehehehe Yeeeehaaaah! The first was Rosyam Nor. Sekarang barulah I mengerti kenapa ramaiiii sangat ladies yang jatuh cinta dengan dia dan minat habis. Well, I sukalah tengok Rosyam dalam some movies tapi itu biasa-biasa saja, bukanlah peminat nombor satu. The same goes with the rest, except for Faizal. Faizal, I suka his performance in AF4 and I did support him last time. He can sing really well. Tapi tidaklah sampai kumpul posters and all. Not me. Cuma beli CD dia saja.


Back to Rosyam yang sangat macho tu, mula-mula dia sign poster yang ada gambar dia dan Nurul - they have combined photos, tapi tak semua yang dalam poster tu ada, cuma 4 orang saja yang ada - then bila dah sudah dia angkat muka.. looked at me and smile.. aku rasa lama juga la.. sahih aku perasan ni hehehe.. then dia hulur tangan nak salam.. aku pun salamlah hehehe..senyum and anggukkan kepala and said "Thank You" hehehe..(aku act noble konon, tak nak linger lama-lama hahahahha) HENSEM JUGAK LA.. MACHO.. then terus salam Nurul.. Nurul dah sign the poster so salam aje lah. Nurul was even more pretty in person.. very sweet..makin slim. Next was Farah, she signed the poster, and handed it to me and then salam pula. Farah was also sweet and very beautiful. And then Faizal, masa I sampai kat tempat dia, he was already signing the poster. Then hehehe dia angkat muka, handed the poster to me and hulur tangan, and I pun salam Faizal. Huhu, cutenya Faizal. Muka dia memanglah muka budak yang sangat baik dan honest. After thanking him aku pun keluar dari booth tu. Ada juga diaorang buat announcement kata nanti ada 'live' performance.


~ Nurul's ~
Kemudian terus pergi beli air 7UP. Huhuhuhu panas dia tak usah cakaplah.. sudahlah tepi laut. Walaupun hujan pukul 3 lebih, serupa macam tak hujan. PANAS. Seterusnya, aku pergi ada satu booth tu labeled Kota Ilmu kalau tak silap. Sampai dekat dalam booth rupanya ada ceramah agama or something. Someone was delivering a speech.. berminat nak dengar tapi rasanya pakaian aku tak sesuai, just jeans dan t-shirt.. so pergi the other end of the booth.. ada pula ladies yang sedang ajarkan pengunjung tulisan jawi yang cantik-cantik.. rasanya bukan khat.. tak sure pula.. ada nampak mereka jual as bookmark.. sebelah dalam ada information on tokoh-tokoh Islam like Az-Zahrawi, etc being displayed.

Nampak ada booth Mamee, Maggi, and Cenderamata Rasmi Karnival. Ini semua I tak singgah. Tak berminat. Even nampak sahaja booth jual t-shirt, cap or the likes, memang tak singgah. Jalan lagi, nampak ada some sort of pertandingan makan apple tergantung. And ada camera, lights bagai.. aku tengok-tengok juga tapi tak rapat.. nasib baik pun sebab I discovered that the cameraman suka halakan camera randomly ke arah pengunjung karnival.. hohoho.. kang masuk pulak TV3 muka aku kan.. tak rela you.. ngeri! Depan tu pulak nampak orang tengah buat kerja atas pentas for tomorrow's concert, no doubt. Belakang macam ada khemah-khemah tertutup, for crew agaknya. Air-conditioned. Could it be that he's in there? No way of knowing.


So, I pusing semula ke sebelah sana carnival. Nampaklah macam-macam booth. Nampak Azlee Senario sedang bergambar dengan peminat agaknya. Then nampak booth Majalah 3. Ingat nak masuk tengok apa yang ada on display.. baru nak sampai dekat situ, tengok macam ada random quiz.. siap ada bagi hadiah ke goodies bag untuk siapa yang boleh jawab. Soalan tidaklah rumit sangat, general knowledge. Hehehe dengan pantas aku u-turn. Ngeri woo.. the host guna microphone.. ngeri, buatnya dia suruh aku jawab kang tak sempat lari. Patutlah orang tak berapa ramai kat situ.

~ Farah's ~

~ Faizal's ~

In short, aku jalan-jalan kat seluruh kawasan tu. Tak nampak dia juga. Ada sekali tu berhenti nak beli purple balloon for my niece. On second thought tak jadilah sebab tak tergamak nak lintas jalan pegang belon. Macam Exhibit A pulak kang, sudahlah Jalan Skudai tu ramai orang, kereta berduyun. Ada booth Drypers, Hotlink, Nescafe, Kementerian Pelajaran, Jabatan Pertahanan Awam, ada pula yang cuba-cuba menyanyi... memang ramai orang.. memang meriah. Karnival ni juga memang sesuailah untuk sesiapa yang nak cari information sambil berseronok. For me, I tak tahan panas. Betul-betul tak tahan. I did not stay long. Habis pusing karnival tu I singgah sekejap di Power Root booth tadi. Rupanya Rosyam, Faizal, Nurul and Farah bergilir-gilir berduet dengan pengunjung yang sudi menyanyi di atas stage dengan mereka. Barulah I tau Rosyam tu sebenarnya boleh tahan sporting juga. Hahaha aku boleh rasa lepas ni aku akan minat Rosyam lebih lagi.. Seronok juga lihat 'live' performance diaorang. Tak lama lepas tu I headed back to the mall. At least dalam tu ada aircond hehehe.. sempat beli hot-dog.


Lupa nak cakap, di tapak karnival, memang mobile aku tak ada network coverage. Bar penuh tapi hampeh. Dah masuk dalam festive street mall tu barulah boleh call Lin minta dia jemput di kaki Bukit Serene. Aku lekas-lekas pergi ambil bunga di kedai Auntie yang mula-mula tadi. Sempat juga dia racun suruh beli lagi. Aku kata nanti aku datang lagi. Then nampak kereta Kerabat Johor berlambak-lambak di halaman Festive tu. Punyalah special parking kat situ. Semua plat nombor 1 semata, cermin gelap. Ini pula pesanan daripada Ministry Of Education.. ada satu abang bagi kat aku. [Bang, saya ada rupa budak sekolah kah? Thank youuu Bang... flattered nya! Heheh. You made my day, lah Bang.]



Lepas tu aku lintas jalan dan Lin pun sampai so balik. Heheheh syoknya aku tayang kat mak ngan ayah ngan adik signature artis-artis tu. Tak pernah umurlah katakan... hehehe.. my sisters biasa sahaja.. sebab they are more outgoing than I am.. so benda-benda macam tu mereka biasa saja, nothing too special for them. Aku memang tak pernah even 'mencemar duli' to any carnival or concert. Hehehehe. Tu yang jakun sekejap.

Nak tau kenapa aku suka tak beli more than one vcd? Kepada sesiapa yang tinggal di JB, janganlah beli VCD di festive street mall, tempat yang mengadap laut tu. Kalau yang menghala jalan skudai, tak apa. Yang menghadap laut, tu kedai tu PENIPU dan tak jujur. Vcd dia kalau I beli mesti ada rosak. The best thing, kalau kita pulangkan, dia akan ganti, tapi yang rosak itu dia tak asingkan. Dia letak balik di celah-celah vcd lain untuk dijual semula. Esok or Monday aku nak pergi mengamuk kat kedai tu. Sakit betul hati, vcd Syaitan tu disc one dia dahlah tersangkut, stuck pula tu. Aku terus tengok disc 2. BESOK ATAU LUSA AKU NAK TUKAR. Kalau dia bagi lagi yang tak elok, aku tukar lagi. Rumah dekat je.. nasib dialah kan. Aku dah tengok cerita Syaitan tu tadi, tapi disc 2. Memang best cerita dia. (Abang) Rosyam jadik hero hehehe...

2 comments:

Anonymous said...

I saw him on TV. You pergi tak amalm semalam?

spectacularwave said...

I saw him too.. Tak pergi.. My mom pun semalam balik wedding tanya, pergi ke tak carnival.. hmm.. tak pergi.. so sad.. tapi tak sanggup, jalan sesak teruk..You tahulah kalau Mawi perform, mesti orang serbu...

He is sombong pun... :(