The year was 2001 (end of year kalau tak silap). Because of this, I hanya bertarawih di surau itu sekali sahaja for that Ramadhan.
Masa tu still in the university. I tinggal dengan my friends at a rented house. So, first few days memang my friends dah start bertarawih at the surau berhampiran taman perumahan yang kita semua tinggal itu. I lambat sedikit join, for natural reasons. Anyway it was this one night, kami pergi sama-sama. Normally kami siap-siap bertelekung dan berbaju kurung dari rumah, dan berwuduk, sampai-sampai hanya terus pakai kain sembahyang dan get ready.
Diaorang tu memang nakal sangat.. tak tahu kenapa ada sahaja yang menggelikan hati.. sikit-sikit nak ketawa, macam kena tickle dengan syaitan. Sudahlah jalan berbondong-bondong, nampak kitaorang semua macam Penguin pula kan bila dah bertelekung jalan dalam gelap.
One of my friends si Yat, somehow dia dapat masuk ke saf paling depan bagi kaum perempuan. You see the surau is not a big one, jadi partition antara jemaah lelaki dan perempuan hanya sehelai kain panjang yang direntangkan.. it serves the purpose lah , macam langsir.
Entah macam mana, dalam salah satu rakaat tu, Si Yat ni sembahyang kat baris paling depan sedang sujud. Suddenly kipas angin yang tergantung dan berputar laju, bertiup ke kain rentang pemisah antara jemaah lelaki dan perempuan, menyebabkan kain tu tertolak ke atas badan Yat. So that bila dia berdiri untuk rakaat seterusnya she found herself berada dalam barisan belakang jemaah lelaki! Tapi dia seorang sahaja, orang lain tak kena!
Yang best tu si Yat dia relax je... sembahyang sampai habis kemudian menyelit masuk ke jemaah perempuan semula. Yang geng-geng di belakang, yang mana sedar sudah tersengguk-sengguk nak ketawa. Yat balik rumah baru dia ketawa tak ingat dunia. Iman dia kuat dan boleh tahan...
Aku pulak tu lah sekali aku pergi.. at that time I was much younger.. tak tahan oi.. gelak.. dahsyat betul..iman tipis gamaknya.. tiap-tiap kali nak ikut diaorang aku akan ketawa... sudahnya tak jadi.. untuk keselamatan juga, takut kalau-kalau tergelak dan mengganggu solat orang lain..
Lepas tu diaorang tak eager sangat nak ke saf depan.. bukan kerana apa.. takut berulang lagi.
No comments:
Post a Comment