Thursday, December 21, 2006

Ucapan Takziah

Assalamualaikum,

Ucapan takziah buat sahabat kita Wan Amalyn di atas kembalinya kakak Wan Amalyn, Wan Roseliza binti Ab. Ghani ke rahmatullah pada 19 Disember 2006, kerana kemalangan.

Semoga Allah menempatkan Allahyarhamah bersama dengan orang-orang yang solehah dan beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Untuk Wan, semoga sentiasa beroleh ketenangan. Allah amat menyayangi kakak Wan dan kini dia sudah selamat bersama Penciptanya. Dia tiada di sisi Wan, namun dia tetap ada di tempat lain.

Al-Fatihah buat Allahyarhamah.
---------------------------------------------------------------------------

Buat tatapan bersama,

Fadhilat Membaca Surah Al-Waaqi'ah
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit, insya Allah akan ringanlah sakitnya.
- Jika dibacakan di hadapan orang yang sedang nazak, insya Allah akan memudahkan sakaratulmautnya.
- Jika dibacakan untuk ahli kubur, insya Allah akan meringankan siksa kuburnya.

No comments: